Motivasi diri dan dorongan ibu bapa terhadap minat akademik belia
List of Authors
  • Chong, Sheau Tsuey , Juliana Rosmidah Jaafar , Samsudin A. Rahim

Keyword
  • belia, berisiko tinggi, motivasi diri, dorongan ibu bapa, pencapaian akademik

Abstract
  • Pencapaian akademik merupakan wadah untuk mengubah kehidupan belia di kawasan berisiko tinggi. Pencapaian akademik yang baik ini boleh dicapai sekiranya belia mempunyai motivasi diri dan mendapat sokongan ibu bapa dalam aspek pembelajaran. Artikel ini bertujuan untuk mengukur faktor motivasi diri dan dorongan ibu bapa terhadap minat akademik belia di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Kajian kuantitatif ini menggunakan data yang dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 744 orang belia berusia antara 12 hingga 25 tahun terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa motivasi diri dan dorongan ibu bapa mempunyai perkaitan positif dengan minat terhadap akademik pelajar. Artikel ini mendapati bahawa motivasi diri adalah faktor utama diikuti dengan sokongan ibu bapa yang juga memberi kesan positif kepada minat terhadap akademik pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa untuk kejayaan dalam bidang akademik dalam kalangan belia berisiko tinggi perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan faktor dalaman diri, di samping mendapat bimbingan dan galakan daripada ibu bapa. Bagi kajian selanjutnya, pengkaji yang lain boleh meneliti persekitaran kejiranan yang positif dan perkaitannya dengan kejayaan belia dalam kehidupan.

Reference
  • 1. Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim & Yusof Boon. 2005. Psikologi Sosial Alam
    Remaja. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    2. Bronfenbrenner, U. 1986. Ecology of the family as a context of human development: Research perspective. Developmental Psychology, 22 (6),723-742.
    3. Chong, S.T., Rahim, S.A, Subhi, N., Kadir, N.B.A., Jusoff, K., Talib, M.H.A., A.D., Amizah, W.M.W., Chang, P.K., Ismail, Rokiah, Mustapha, Z., Mohamed, R.H., Ismail, Rozmi, Mustaffa, A.M., Raop, N.A., Yusoff, N.R. & Ismail, Syafarunnisa. 2011. Self-integrity and family support as assets for resilient urban at-risk young people. World Applied 32Sciences Journal 12 (Special Issues of Social and Psychological Sciences for Human Development), 20-24.
    4. Crede, M. & Kuncel, N.R. 2008.Study habits, skills and attitudes. Perspective on Psychological Science, 3(6), 425-453.
    5. Dishion, T. J., Nelson, S. E. & Yasui, M. 2005. Predicting early adolescent gang involvement from middle school adaptation. Journal of Clinical Child and Adolescent Psychology, 34(1), 62–73.
    6. Fadilah Zaini & Hamidah, Ab. Rahman. 1999. Institusi Keluarga Dan Masalah Sosial Remaja Di Johor Darul Takzim. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
    7. Gatti, U., Tremblay, R. E.,Vitaro, F., & McDuff, P. 2005. Youth gangs, delinquency and drug use: A test of the selection, facilitation, and enhancement hypotheses. Journal of Child Psychology and Psychiatry, 46(11),1178–1190.
    8. Hairunnaja Najmuddin. 2003. Memahami dan Membimbing Belia Nakal. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
    9. Ma, H. K., Shek, D. T. L., Cheung, P. C. & Tam, K. K. 2002. A longitudinal study of peer and teacher influences on prosocial and antisocial behavior of Hong Kong Chinese adolescent. Social Behavior and Personality, 30(2), 157-168.
    10. Monahan, K.C., Steinberg, L. & Cauffman, E. 2009. Affiliation with antisocial peers, susceptibility to peer influence, and antisocial behavior during the transition to adulthood. Developmental Psychology, 45(6), 1520-1530.
    11. Sapora Sipon. 2001. Stress dan Pencapaian Akademik Pelajar. Buletin Psikologi 2000/2001. Universiti Malaysia Sabah.
    12. Shamsudin, A.R., Iran Herman, Mohamed Awang, Yahaya Ibrahim, Abang Hadi Zakaria, Maznah Baba, Siti Nor Yaacob, Mustapha Kassim, Ahmad Nurulazam Md. Zain, Mohd Mansor Abdullah, Wan Mahzom Ahmad Shah, Shafee Saad & Abdul Halim Ahmad. 1994. Tingkahlaku lepak di kalangan remaja: Kajian semenanjung Malaysia. Selangor: Pusat Teknologi Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    13. Welk, G.J., Wood, K. & Morss, G.M. 2003. Parental influences on physical activities in children: An exploration of potential mechanisme. Pediatric Exercise Science, 15, 19-33. Wright, D.R. & Fitzpatrick, K.M. 2004. Psychosocial correlates of substance use behaviors among African American youths. Adolescence, 39(156), 653-667.