Amalan gaya komunikasi pengetua dan hubungannya terhadap kepuasan kerja guru sekolah menengah daerah Kinabatangan Sabah
List of Authors
  • Aida Hanim A. Hamid , Mohd Nazri Mat Yasin

Keyword
  • kepimpinan, gaya komunikasi, kepuasan kerja

Abstract
  • Kajian ini bertujuan meninjau tahap amalan komunikasi pengetua dan kepuasan kerja guru-guru sekolah menengah daerah Kinabatangan, Sabah. Elemen-elemen komunikasi yang diamalkan oleh pengetua iaitu penerangan kerja, maklum balas, penglibatan dan arahan kerja diukur menggunakan soal selidik Supervisory Communication Scale (SCS). Manakala kepuasan kerja guru diukur menggunakan Indeks Kepuasan Kerja Brayfield dan Rothe. Sebanyak 4 buah sekolah menengah di daerah Kinabatangan, Sabah dengan 100 orang guru terlatih sebagai responden terlibat dalam kajian ini. Persampelan adalah secara rawak berstrata. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik. Analisis data secara statistik deskriptif dan inferensi digunakan dalam kajian ini. Pengujian hipotesis adalah dengan menggunakan Korelasi Pearson-r, ANOVA Sehala dan Ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan dua daripada empat elemen komunikasi yang kerap diamalkan oleh pengetua ialah penglibatan dan arahan kerja. Secara keseluruhannya, kepuasan kerja guru sekolah menengah adalah di tahap yang sederhana dan terdapat hubungan yang positif antara elemen-elemen komunikasi yang diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru. Justeru itu, pengetua perlulah mengambil tindakan wajar dan memberi perhatian yang serius terhadap amalan komunikasi yang menyumbang kepada kepuasan bekerja guru.

Reference
  • 1. Azwifarwi, A.K. (2012). Exploring teachers’ perceptions of distributed leadership practices in selected secondary schools within Gauteng province. University of Johannesburg, SouthAfrica.

    2. Abdul Aziz Md. Noor. (2003). An investigation into the headship training programme for aspiring primary school headteachers. PhD Dissertation, University of Bristol.

    3. Abd Halim Hassan. (1994). Komunikasi dalam pengurusan pendidikan. Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa Sdn Bhd.

    4. Jainabee, L.S., & Md Kassim. (2005). Budaya organisasi dan kepuasan kerja di maktab perguruan Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    5. Johansson, C., Miller, V.D., & Hamrin, S. (2014). Conceptualizing communicative leadership. Corporate Communications: An International Journal, 19(2), 147-165.

    6. Koay Yih Peng. (2000). Iklim organisasi: Hubungannya dengan komunikasi dan kepuasan kerja. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    7. Kerlinger, F.N. (1973). Foundations of behavioral research. 2nd ed. New York: Rinehart and Wilson.

    8. Law Huong Mei. (2004). Hubungan gaya komunikasi pengetua dengan kepuasan kerja guru. Jurnal Pendidikan, 29, 93-104.

    9. Le Fevre, D.M., & Robinson, V.M.J. (2014). The interpersonal challenges of instructional leadership: principals’ effectiveness in conversations about performance issues. Educational Administration Quarterly, 51(1), 58-95.

    10. Lesswell, H. (1948). The Structure and Function of Communication in Society. Dlm. L. Bryson. The Communication of Ideas. 143-150. New York: Harper dan Row.

    11. Mansor Abd. Aziz. (2001). Persepsi pengetua dan guru penolong kanan terhadap pengupayaan dalam pengurusan sekolah. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

    12. Muhammad Faizal A. Ghani. (2013). The practices of Professional Learning Communities: A Development Country of Excellent School Leader’s Perspectives. Journal of urriculum and Teaching, 1(3), 10-27.

    13. Mohd Khadri Fazil Rahman. (2003). Gaya komunikasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan bekerja pensyarah di maktab perguruan. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    14. Mohd Yusri Ibrahim, Che Hasniza Che Noh, & Siti Zaimah Ibrahim. (2013). Model of e- leadership, intra-team communication and job satisfaction among school leaders in malaysia. International Conference on Education & Educational Psychology, 2, 94- 109.

    15. Myers, C. (1964). Education, Manpower and Economic Growth: Strategies of Human Resource Development. New York: McGraw-Hill.

    16. Nik Azrieman. (2007). “Pengenalan Komunikasi Organisasi” dlm. Che Su Mustaffa (pngr). (2007) Pengantar Komunikasi, Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall.

    17. Robinson, V.M.J. (2017). How leaders communicate their vulnerability: implications for trust building. International Journal of Educational Management, 31(2), 221- 235.

    18. Rogers, E.M. (1976). "Where we are in understanding the diffusion of innovations," in W. Schrammand D. Lerner (eds.) Communication and Change in the Developing Countries: Ten Years After. Honolulu: Univ. of Hawaii/East-West Center Press.

    19. Rogers, E.M., & Rogers, R.A. (1976). Communication in organizations. London: Free Press.

    20. Mohd Nazrul & Aida Hanim (2018). Gaya komunikasi guru besar dan hubungannya terhadap kepuasan kerja guru sekolah rendah zon semenyih daerah hulu langat. Selangor Humaniora Review, eISSN 2672-7463.