Pemasaran adalah proses membuat dan membekalkan barang serta perkhidmatan kepada pelanggan. GM Merlimau Enterprise beroperasi sebagai perantara antara pembekal dan pelanggan dalam memasarkan barangan seperti makanan sejuk beku, sandaran dan produk perikanan. Objektif kajian ini adalah untuk mempromosikan GM Merlimau Enterprise dan memperkenalkan kedai agar lebih popular di Merlimau. Oleh itu, penggunaan soal selidik di edarkan kepada pelanggan tetap di GM Merlimau Enterprise dan sekitar penduduk Merlimau untuk mengumpulkan data mengenai pengetahuan kewujudan perniagaan GM Merlimau. Strategi yang berkesan diperlukan untuk meningkatkan penjualan dan untuk itu, strategi 4P (produk, promosi, harga, tempat) atau campuran pemasaran digunakan. Penyelidikan ini difokuskan pada kajian sejauh mana produk berdasarkan strategi 4P dan strategi pemasaran mana yang diberi keutamaan dalam pengeluaran produk keluaran. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti elemen yang paling dominan dalam campuran promosi yang telah digunakan oleh penjual untuk meningkatkan penjualan mereka di GM Merlimau. Hasil kajian menunjukkan bahawa penjualan langsung adalah elemen yang paling dominan dalam strategi campuran promosi diikuti dengan publisiti, iklan dan promosi penjualan. Kemudian penyelidikan ini mencadangkan penjual untuk meningkatkan usaha mereka dalam menggunakan campuran promosi dan juga menilai aktiviti yang dilakukan untuk mencapai keberkesanan campuran promosi yang digunakan.