Masalah halatuju industri bina semula kenderaan perdagangan di bawah semakan Dasar Automotif Nasional, 2009
List of Authors
  • Azmi Awang , Nik Hairi Omar

Keyword
  • Masalah Halatuju, Industri Bina Semula Kenderaan Perdagangan (industri rebuilt), Dasar Automotif Nasional, Lesen Import (AP)

Abstract
  • Semakan semula Dasar Automotif Nasional pada 2009 (DAN09) telah meninggalkan dampak yang besar ke atas industri bina semula kenderaan perdagangan di negara ini. Pemansuhan berperingkat Lesen Import (AP) berkuatkuasa 1hb. Februari 2010 – 31hb. Disember 2015 telah menyekat industri bina semula (rebuilt) dari mengimport casis, kabin, enjin, transmisi, axle dan lain-lain komponen bagi tujuan pengeluaran. Kesannya, industri bina semula kenderaan perdagangan di seluruh negara berhadapan ketidaktentuan halatuju dan dilema penutupan kilang-kilang. Artikel ini membahaskan kewajaran pelaksanaan dasar pemansuhan AP di bawah DAN09 dengan meneliti hujah-hujah institusional berhubungnya, reaksi balas industri serta beberapa isu semasa yang dihadapi pihak industri. Data kajian dikumpul melalui tinjauan soalselidik ke atas 12 industri serta pemerhatian di tiga kilang di Pulau Pinang dan Lembah Klang. Tiga siri perbincangan fokus kumpulan turut diadakan dengan lima exco Pertubuhan Pembina Semula Kenderaan Perdagangan (CVRAM) antara Ogos hingga Oktober 2010. Kajian mendapati langkah pemansuhan AP berdasarkan hujah-hujah keselamatan, liberalisasi pasaran dan perlindungan alam sekitar dipersepsikan pihak industri rebuilt sebagai tidak kukuh, tidak demokratik dan diselubungi kepincangan tadbir urus. Pelaksanaan DAN09 memunculkan beberapa isu ke atas industri rebuilt seperti kekaburan polisi dan kebuntuan rundingan, sekatan pengeluaran, legitimasi perniagaan dan penyertaan dalam strategi keluar. Pihak industri mahu dasar penghapusan AP dikaji semula manakala isu-isu kelemahan institusional dan tadbir urus ditangani dengan langkah-langkah penambahbaikan di pihak kerajaan dan industri.

Reference
  • Amezquita, T., Hammond, R. and Bras, B., 1995. Characterizing the Remanufacturability of Engineering Systems. Boston Massachussetts: ASME Advances in Design Automotaion Conference, DE-Vol. 82: 271-278.
    APRA. 2011. Akses atas talian pada 21 Februari 2011 di http://www.apra.org/About/Reman.asp.
    Bernama,18 November 2009, capaian atas talian pada 10 April 2011 di http://auto.bernama.com/newsDetail.php?id=372600.
    CVRAM, 2008, Memorandum from CVRAM on the Review of the Automotive Policy, CVRAM Report (tidak terbit). CVRAM: Kuala Lumpur.
    CVRAM. 2010, Memorandum Persatuan Pembina Semula Kenderaan Perdagangan Malaysia (CVRAM) Kepada Y.B. Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia berhubung Usul Pengekalan Dasar Industri Pembinaan Semula Kenderaan Perdagangan Terpakai Di Bawah Kajian Semula Dasar Automotif Nasional (NAP Review 2009). Bertarikh 15 Oktober 2010– (tidak terbit). Kuala
    Lumpur: CVRAM.
    CVRAM. 2010. Perjumpaan Dengan Y.B. Dato‟ Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, 9.00 pagi 2hb. September 2010. Laporan Pembentangan CVRAM-MITI, 2 September 2010. CVRAM: Kuala Lumpur (tidak terbit).
    Dasar Automotif Nasional 2009. Akses atas talian pada 21. Julai 2010 di
    http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_99780f2dc0a81573-3edb3edb-e723ccbf.
    David, P. 2005. Where do they get the specs? Special reports, New Straits Time. 9 October,2005.
    Gluntini, R.dan Gaudette, K. 2003. Remanufacturing: The next great opportunity for boosting US productivity. Dlm. Dominguez, 2005. Boosting Remanufacturing Industry: Looking for a change in the Manufacturing Paradigm: A Case study in the UK Automotive Sector, MSc thesis, Silsoe: Cranfield University.
    Hammond, R., Amezquita, T.dan Bras, B. 1998. Issues in the Automotive Parts remanufacturing Industry-A Discussion of Results from Surveys Performed among - Remanufacturers. International Journal of Engineering Design and Automationspecial issue on Environmentally Conscious Design and Manufacturing. Vol. 4 (1): 27-46.
    Jayaraman V, Guide V.D.R and Srivastava R. 1999, A closed-loop logistics model for remanufacturing, Dlm. Dominguez, 2005. Boosting Remanufacturing Industry: Looking for a change in the Manufacturing Paradigm: a Case study in the UK Automotive Sector, MSc thesis, Silsoe: Cranfield University.
    Kertas Pembentangan Perundingan Dasar Automotif Nasional 2009 (Slide Power Point, tidak terbit, bertarikh 27 September 2009). Kuala Lumpur: INTAN.
    Lund, R. And Hauser, W. 2003. Remanufacturing: An American resource. Capaian atas talian pada 21 Disember 2010 di http://www.bu.edu/reman/Remanslides.pdf/.
    Mazila Md Yusuf, Rohana Kamaruddin, Norashidah Zainal dan Mohd Azrizal Fauzi. 2009. Comparative Analysis Of The Commercial Rebuilt Vehicles Practices. Conference on Scientific and Social Research, 14-15 Mac 2009.
    MIDF Research, 29 Oktober 2009. Capaian atas talian pada 10 April 2011 di http://www.midf.com.my/project/midf/media/2009/10/29/101646-698.pdf.
    Navin-Chandra, D. (1993), ReStar: A Design Tool for Environmental Recovery Analysis, 9th International Conference on Engineering Design, The Hague, Heurista, Zurich, Switzerland, pp. 780-787.
    Nur Kamaliah Mustaffa, Baayah Baba, Muhammad Akram Adnan dan Mohd Azrizal Fauzi. 2009. Rebuilt Commercial Vehicle Industry From Buyers Perspective. Comparative Analysis Of The Commercial Rebuilt Vehicles Practices. Conference on Scientific and Social Research, 14-15 Mac 2009.
    Smith & Keoleian. 2008. The value of remanufactured engines: Life-Cycles Environmental and Economic Perspectives. Journal of Industrial Ecology, Vol 8(1-2):193-221.
    Sundin, E. 2002. Design for remanufacturing from a remanufacturing process perspective Dlm. Dominguez, 2005. Boosting Remanufacturing Industry: Looking for a change in the Manufacturing Paradigm: a Case study in the UK Automotive Sector, MSc thesis, Silsoe: Cranfield University.
    The Star, 16 November 2009.
    The Star, 30 August 2010.
    Yoruk, S. 2004. Some strategic problems in remanufacturing and refurbishing. Unpublished thesis. University of Florida. http://etd.fcla.edu/UF/UFE0006880/yoruk_s.pdf.