Penglibatan ibu bapa dalam PdPR di rumah murid berkeperluan khas pembelajaran
List of Authors
  • Amir Nordin Dollah , Mohd Mokhtar Tahar

Keyword
  • penglibatan ibu bapa, PdPR, Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran, Model Joyce Epstein, tahap penglibatan

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap penglibatan ibu bapa dalam PdPR di rumah Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran berdasarkan enam jenis penglibatan ibu bapa. Responden kajian merupakan ibu bapa murid berkeperluan khas dari empat buah sekolah rendah di negeri Melaka. Kajian tinjauan ini menggunakan sepenuhnya soal selidik dalam mendapatkan data dan kemudian dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS Versi 26. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisa frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan sememangnya memberi kesan yang positif kepada murid, ibu bapa dan guru. Model Joyce Epstein merupakan salah satu model yang menerangkan berkenaan penglibatan ibu bapa yang mengandungi enam konstruk iaitu kategori keibubapaan, kategori komunikasi, kategori kesukarelawanan, kategori pembelajaran di rumah, kategori kepemimpinan dan kategori kolaborasi dengan komuniti. Hasil kajian menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa berada pada tahap tinggi untuk tiga jenis penglibatan iaitu tanggungjawab keibubapaan, pembelajaran di rumah dan kolaborasi dengan komuniti manakala untuk komunikasi, kesukarelawanan dan kepemimpinan pula berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa berada pada tahap yang sederhana tinggi.

Reference
  • 1. Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh. (2011). Konteks keluarga dan hubungannya dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 35-44.

    2. Abdul Hamid. (2017). Kaedah penyelidikan & penulisan laporan projek tahun akhir. Kelantan: Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.

    3. Abidah Abd Rahman. (2014). Penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid berkeperluan khas. Disertasi Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    4. Ahmad Asmawi Mat Salim & Khairul Farhah Khairuddin. (2020). Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan Murid Berkeperluan Khas. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 265-282.

    5. Aida Hartini Mahmud & Zolkepeli Haron. (2016). Penglibatan ibu bapa dalam Pendidikan anak-anak di sekolah rendah. http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/08-Aida-Hartini-Mahmud.pdf [2 September 2021].

    6. Asyraf Ab Latif & Norazilawati Abdullah. (2016). Penilaian keberkesanan program sarana ibu bapa dalam meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran sains sekolah rendah dengan menggunakan model penilaian CIPP. JPBU, 1(1), 87-96.

    7. Azmi Shaari,Noor Hayati Che Harun & Tengku Noaswita Tengku Besar. (2002). Faktor yang mempengaruhi penglibatan penjaga di sekolah dan kesannya ke atas pencapaian akademik anak cacat penglihatan. Jurnal Pembangunan Sosial, 5(1), 15-26.

    8. Blackmon, D. (2008). Transition to adult living: An information and resource guide. California Services for Technical Assistance and Training (CaISTAT California Department of Education 2008).

    9. Irma Yanti Mahamud, Norlizah Che Hassan & Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2018). Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah dan hubungannya dengan pencapaian akademik murid Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 5(1), 42-62.

    10. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    11. Mok Soon Sang. (2011). Perkembangan kanak-kanak. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    12. Rozita, T. (2020). Kajian kes impak perintah kawalan pergerakan kepada penduduk Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia.

    13. Suresh Kumar NVellymalay. (2011). Sikap dan tingkah laku remaja terhadap pembelajaran di

    14. sekolah: Satu kajian kes di rumah kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(2), 25-32.

    15. Suresh Kumar NVellymalay.(2016). Kerjasama pihak sekolah dan penglibatan ibu bapa India dalam pendidikan anak di sekolah kebangsaan. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31(1), 131-151.

    16. Zarina Abd Aziz & Safani Bari.(2015).Penglibatan ibu bapa di dalam Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran: Satu kajian kes. International Seminar on Special Education For Southeast Asia Region, 1-13.