Pembelajaran Kemahiran Bahasa Terhadap Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK): Satu Analisis Keperluan
List of Authors
  • Chuah Ping, Foo Peng, Ngoi Peng, Wong Lun

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pembelajaran bahasa dengan berkesan memerlukan murid menguasai kemahiran mendengar, betutur, membaca dan menulis. Oleh itu, analisis keperluan telah dijalankan dalam kajian ini untuk meninjau dan melihat persepsi peserta kajian terhadap pembelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK). Instrumen yang digunakan ialah Soal Selidik Pembelajaran BCSK (SSP) yang dijawab oleh murid dan Soal Selidik Tahap Kesukaran Pembelajaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran BCSK (SSSP) yang dijawab oleh guru. Kaedah tinjauan secara soal selidik ini melibatkan 126 orang murid dan 68 orang guru. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian soal selidik oleh guru dan murid masing-masing menunjukkan bahawa kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran yang paling sukar dikuasai dalam pembelajaran BCSK. Selain itu, guru dan murid pula berpandangan buku teks BCSK Tahun 4 yang digunakan adalah berada pada tahap kurang memuaskan. Hasil dapatan juga menunjukkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh peserta kajian serta memberi cadangan penambahbaikan dalam pembelajaran BCSK. Maka, pembangunan bahan instruksi terhadap kemahiran mendengar dan bertutur dalam pembelajaran BCSK secara teratur dan sistematik adalah amat diperlukan. Justeru, hasil dapatan ini adalah penting dalam merancang dan membangunkan bahan pembelajaran BCSK.


Reference
  • No Data Recorded