Pendapat dan keperluan generasi muda di kawasan Parlimen Muar, Johor
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar , Mohd Fuad Mat Jali

Keyword
  • Belia, Parlimen Muar, keperluan, pendapat politik, bIndeks Petunjuk Prestasi

Abstract
  • Kawasan Parlimen Muar, Johor yang terdiri daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Sungai Balang yang sedang mengalami kemajuan pesat sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran daerah Muar. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah mempengaruhi kehidupan serta keperluan generasi muda dan juga mempengaruhi pendapat serta pilihan politik mereka. Justeru, artikel ini akan menganalisis keperluan dan pandangan politik semasa generasi muda di kawasan kajian. Berdasarkan pemerhatian dan soalselidik di lapangan, hasil kajian mendapati bahawa mereka mahukan lebih banyak peluang pekerjaan dan tingkat upah/gaji yang sesuai dengan keadaan ekonomi semasa; inginkan kemudahan jalur lebar/internet diperluaskan; perbanyakkan aktiviti sukan dan rekreasi dan inginkan lebih banyak pusat kemahiran didirikan dan pemberian biasiswa ditambah. Dari aspek kepimpinan mereka memerlukan pemimpin yang bersifat jujur, bersih, amanah dan mementingkan rakyat/pengundi dan mahukan ruang yang lebih untuk menyuarakan pendapat mereka tentang politik semasa. Dari sudut alam sekitar pula, mereka menyarankan pihak berkuasa agar menggerakkan aktiviti gotong royong di kalangan masyarakat setempat di samping mencantikkan landskap persekitaran agar lebih segar dan ceria. Hasil kajian juga mendapati 71.0 peratus di kalangan mereka menyokong peranan kerajaan dalam memantapkan agenda pembangunan belia Negara dan 66.1 peratus menyatakan gagasan 1 Malaysia disokong, dihayati dan dimanifestasikan. Dari aspek pentadbiran awam pula, 82.3 peratus responden menyatakan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk wakil rakyat dan Menteri adalah baik dan pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dalam menerajui pembangunan negara terus mendapat sokongan generasi muda (73.9 peratus). Mereka juga menyatakan (71.9 peratus) bahawa kepimpinan kawasan Muar perlu dikekalkan kerana telah menunjukkan prestasi yang amat baik. Merujuk kepada parti politik yang akan diundi pada pilihan raya umum akan datang, masing-masing 66.8 peratus dan 67.6 peratus akan mengundi BN di peringkat DUN dan Parlimen Muar.

Reference
  • Faridah Shaari. 1997. Kesedaran, sikap dan partisipasi politik anggota tentera Malaysia: Kajian kes di Kementerian Pertahanan Malaysia. Latihan Ilmiah, Jabatan Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Hasmin Aswan Mohamad. 2003. Politik dan kakitangan awam: Perbandingan antara kakitangan awam negeri dan kakitangan awam persekutuan: Kajian kes di Kota Bharu, Kelantan. Latihan Ilmiah, Program Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. 2007. Fakta belia. Putrajaya.
    Junaidi Awang Besar & Mohd Fuad Mat Jali. 2010. Persepsi Terhadap Kepimpinan Nasional Dan Kerajaan Negeri Selangor. Persidangan Kebangsa an Ke-3, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (PK3PPSPP). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya. 20-21 Julai 2010.
    Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Abdul Halim Sidek & Noor Aziah Hj. Mohd Awal. 2010. Politik Belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Persidangan Kebangsa an Ke-3, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (PK3PPSPP). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya. 20-21 Julai 2010.
    Mohamad Fuadi Haji Hood. 2003. Persepsi dan partisipasi politik guru Melayu: Satu kajian kes di Daerah Port Dickson, Negeri Sembila n. Latihan Ilmiah, Jabatan Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Mohd Ismail Mustari. 2005. Menjadi belia cemerlang. Bentong, Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
    http://mpmuar.gov.my/web/guest/tentangmuar# (atas talian).
    Norlaila Bakar. 2000. Persepsi dan partisipasi politik di kalangan guru: Kajian kes di Daerah Sik, Kedah. Latihan Ilmiah, Jabatan Geografi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Pemerhatian di Lapangan (Daerah mengundi Bandar Barat, Maharani, Tanjong, Temenggong Ahmad Selatan, Parit Prupok Barat, Parit Keroma, Parit Raja, Parit Bakar Darat, Parit Unas, Parit Pinang Seribu dan Parit Samsu dalam kawasan DUN Maharani; Parit Kassim, Bukit Mor, Bandar Parit Jawa Utara, Parit Jawa, Parit Jamil Darat, Parit Tengah, Parit Pechah, Sri Menanti, Sungai Sudah, Sungai Balang, Sarang Buaya Darat, Parit Yusof, Sarang Buaya Laut dan Kampong Parit Bulat dalam kawasan DUN Sungai Balang.), 30 Julai-10 Ogos 2010.
    Shaari Abdul Rahman. 2001. Banci penduduk dan perumahan Malaysia: Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Negara.