Pengkisahan Raja-Raja Kedah Tua Berdasarkan Bukti Dokumentasi dan Arkeologi (630 hingga 1136 masihi)
List of Authors
  • Shukri Janudin, Zaimilah Yusoff

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Sejarah keagungan kerajaan Melayu Kedah Tua sarat dengan misteri dan masih banyak yang belum terungkai. Bukti-bukti teks Melayu lama antaranya seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Tarikh Negeri Kedah, Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Tarikh Fathani banyak menceritakan perihal Kedah Tua. Bukti-bukti tersebut saling dirujuk silang dengan pelbagai catatan dari luar negara yang jelas menunjukkan keagungan tamadun Kedah Tua. Antaranya mengenai kehidupan sosio budaya masyarakat, corak pemerintahan para Raja serta perhubungan diplomatik antara tamadun Kedah Tua dengan tamadun-tamadun dunia sepanjang abad ke 6 hingga ke 11 yang selari dengan tamadun dunia ketika itu seperti Parsi, Arab, China, India, Siam dan lain-lain kerajaan Melayu di nusantara seperti Sriwijaya dan Dharmasraya. Setiap penceritaan dalam teks-teks klasik dan bukti-bukti arkeologi mempunyai petunjuk tertentu dan perlu terus dikaji agar dapat merungkai perkara-perkara yang dianggap misteri dan mitos seterusnya dapat mengungkap kehebatan tamadun Kedah dan negara kita.  


Reference
  • No Data Recorded