Penagih dadah dan keadaan berisiko tinggi kembali relaps
List of Authors
  • Bahaman Abu Samah , Fauziah Ibrahim , Mansor Abu Talib , Mohamad Shatar Sabran

Keyword
  • penagih dadah, relaps, emosi negatif, tekanan sosial, konflik interpersonal, situasi berisiko tinggi relaps

Abstract
  • Kajian terhadap pengenalpastian tahap kecenderungan penagihan dari aspek “situasi berisiko tinggi relaps” seperti emosi negatif, tekanan sosial dan konflik interpersonal bermanfaat dalam penyediaan input asas kepada kaunselor dadah, ahli-ahli psikologi, pekerja sosial serta para pengubal dasar yang kini berhadapan dengan cabaran dalam memulihkan penagih. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap penagihan relaps daripada tiga aspek iaitu emosi negatif, tekanan sosial dan konflik interpersonal dalam kalangan penagih dadah yang sedang mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Semenanjung Malaysia. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan SPSS for Windows. Seramai 400 orang penagih relaps terdiri dari lapan buah PUSPEN di Semenanjung Malaysia dipilih sebagai responden kajian dan dijalankan dengan menggunakan rekabentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) bermula pada bulan Mac hingga April 2007. Dalam artikel ini, tahap penagihan relaps dalam kalangan penagih diukur dengan menggunakan skala yang dibangunkan oleh Marlat & Gordon dengan memperolehi nilai kebolehpercayaan .884. Hasil kajian mendapati secara keseluruhan, 93.6% daripada penagih dadah yang dikaji menunjukkan tahap berisiko tinggi relaps pada tahap sederhana (84.7%) ke tahap yang tinggi (8.8%). Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini berada dalam keadaan yang dinamakan sebagai „bersituasi berisiko tinggi‟ untuk kembali relaps. Oleh itu, penekanan pengajaran tentang teknik dan strategi daya tindak menghindari diri penagih daripada menagih semula perlu diberikan penekanan utama khasnya kepada pelatih yang akan dibebaskan dari pusat pemulihan dadah sebagai persediaan menghadapi rintangan dan dugaan hidup yang mencabar setelah dibebaskan.

Reference
  • Abdullah Al Hadi & Iran Herman. Penagihan Dadah Mengikut Kaum: Diri, Keluarga dan Persekitaran. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
    Abdul Ghafar Taib. 1992. Dadah Pembunuh. Kuala Lumpur: Delmu (M) Sdn Bhd.
    Abdul Alim Abdul Rahman. 1994. Pengantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Agensi Antidadah Kebangsaan. 2010. Laman Web Statistik Penyalahgunaan Dadah http://www.adk.gov.my/utama.html.
    Akers, R.L. 1992. Drugs, Alcohol and Society: Sosial Structure, Process and Policy. California: Wadsworth Publishing Company Belmort.
    Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. 2001. Research Methods in Education (5th ed.). London: Routledge Falmer.
    Dennis, C.D. 1989. Relapse Prevention: Treatment Alternatives and Counseling Aids. Tab Books Inc, Blue Ridge Summit, PA.
    Dittmar, M., Ratnasingam, M., Navaratnam, V. 1984. A Comparative Analysis of the Psychological Profile of Institusionalised Drug Using Population Minden. USM: Pusat Penyelidikan Dadah Kebangsaan.
    Guildford, J.P. 1973. Foundamental Statistics in Psychology and Education, 5th edition. New York: McGraw-Hill.
    Hall, S.M., Wasserman, D.A. & Havasay, B.L. 1991. Relapse Prevention. In R.W. Pickens, C.G. Leukefeld & S.R. Schuster. Improving Drug Abuse Treatment. Rockeville, MD: NIDA.
    Hawkins, J.D. & Catalano, R.F. 1985. Aftercare in Drug Abuse Treatment. The International Journal of the Addictions. Vol.20(689): 917-945.
    Hussain Habil & Mustafa Ali Mohd. 1999. Penyalahgunaan Dadah Hidup Tak Bererti Maut Menanti. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
    Laporan Dadah Malaysia. 2002. Kuala Lumpur: Agensi AntiDadah Kebangsaan.
    Mahmood, N.M., Mphd Shuib, C.D., & Ismail, I. 1999. Treatment of Drug Dependents in the Traditional Setting: The Case of Inabah. Pakistan Journal of Psychological Research, Winter, 13 (3-4): 75-87.
    Malhotra, N.K., Hall, J., Sham, M & Crsip, M. 1996. Marketing Research: Applied Orientation (1st Edition). Sydney: Prentice Hall.
    Mc Gee, L. & Newcomb, M. D. 1992. General Deviance Syndrome: Expanded Hierarchical Evaluations at Four Ages From Early Adolescene to Adulthood. Journal of Consulting and clinical Psychology, 60:66-76.
    Md. Shuib Che Din. 1996. Dari Institusi Pemulihan ke Pangkuan Masyarakat. Kertas Kerja Seminar DIPM. Anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Hotel Crown Princess. Ogos 1996.
    M. Hussain Habil. 1994. Merokok Tabiat Yang Memerlukan Rawatan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
    Navaratnam, V., Foong Kin & Kulalmoli, S. 1992. An Evaluation Study of Drug Treatment and Rehabilitation Programme at a Drug Treatment Center. Monograph Series 7. USM: Center Drug Research.
    Noraini Md Noor & Shipati, U. 1990. Social Support and Drug Addiction. Laporan Akhir Penyelidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
    Patricia, S. & Robert, L.S. 2005. Substance Abuse Counseling: Theory and Practice (3rd Edition). New Jersey: Pearson Merill Prentice Hall.
    Rajasooria, E. 1982. Tinjauan Program Pemulihan Dadah dan Keberkesanannya di Sebuah Pusat Pemulihan Dadah. Latihan Ilmiah Tidak Diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Syed Amin Husaini. 1995. Hidupku Sejernih Embun: Tanpa Dadah, Tanpa Arak & Tanpa Rokok. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda.
    Tims, F.M. 1981. Effectiveness of Drug Abuse Program. Washington, D.C: GPO.
    Wills, T.A., Resco, J.A., Ainette, M.G. & Mendoza, D. 2004. Role of Parent Support and Peer Support in Adolescent Substance Use: A Test of Mediated Effects. Psychology of Addictive Behaviors, 18, 122-134.
    Zulkarnain Zakaria & Hishamuddin Md Som. 2001. Analisis Data: Menggunakan SPSS Windows. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.