KEBERKESANAN MOOC TITAS DALAM PEMBENTUKAN SIKAP MAHASISWA UNIVERSITI AWAM
List of Authors
  • Adlina Ab. Halim

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pendekatan interaktif dan efektif yang diterapkan melalui Massive Open Online Courses atau MOOC dalam kursus TITAS telah menjadi salah satu sumber bahan pengajaran dan pembelajaran di universiti awam (UA) yang selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Platform MOOC TITAS ini dilihat selari dengan Lonjakan ke Sembilan (Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025.Justeru, makalah ini bertujuan untuk meneliti keberkesanan aplikasi MOOC TITAS dalam pembentukan sikap, pemikiran dan pengetahuan mahasiswa di UA.Ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan teknik survei dengan pendekatan pengedaran borang soal selidik melalui google form.Mahasiswa UA dari 5 zon berbeza yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 1373 orang dan mengaplikasikan persampelan berkelompok dan rawak mudah dalam pengumpulan data kajian.Bahagian keberkesanan aplikasi MOOC TITAS mencatatkan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alfa sebanyak 0.972.Melalui kajian ini, respon mahasiswa UA terhadap keberkesanan aplikasi MOOC TITAS 2.0 dilihat pada tahap yang baik dengan nilai min 4.07.Dapatan kajian turut menunjukkan aplikasi MOOC TITAS dapat merangsang pemikiran dan pengetahuan pelajar berkaitan kepelbagaian tamadun di Malaysia.Kajian juga mendapati para pelajar boleh melontarkan idea berkaitan isu semasa tempatan dan global, mewujudkan ruang komunikasi sosial antara pelajar dan komuniti, mengaplikasikan teknologi pengajaran di dalam pembelajaran melalui platform MOOC TITAS.Kajian merumuskan bahawa platform MOOC TITAS berkesan dalam membentuk sikap dan pemikiran mahasiswa yang positif dalam mendepani cabaran teknologi dan digital masakini.


Reference
  • No Data Recorded