Analisis nilai-nilai budaya dalam kisah surah Al-Kahfi
List of Authors
  • Muhamad Zaidi Zakaria , Wan Basyirah Abdul Majid

Keyword
  • Nilai budaya, kisah Al-Quran, surah Al-Kahfi, orientasi nilai budaya, analisis deskriptif

Abstract
  • Nilai budaya merupakan corak kehidupan manusia yang merangkumi aspek dalaman dan luaran yang terdiri daripada tingkah laku, pegangan agama, adat, pakaian dan sebagainya serta berkembang mengikut peredaran zaman dan kemajuan teknologi moden. Sehingga kini, nilai budaya masih belum difahami dengan jelas kerana perbezaan nilai budaya bagi setiap masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kadang kala berlaku persamaan dan pertembungan budaya. Pemahaman yang baik terhadap sistem nilai budaya dan orientasi nilai budaya akan menjadi panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian seterusnya menyumbang kepada ketamadunan masyarakat. Maka, objektif utama kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai budaya daripada empat kisah dalam surah al-Kahfi. Metodologi penyelidikan yang digunakan adalah analisis deskriptif melalui kaedah analisis kandungan. Data yang dikenal pasti, dik-umpul dan dianalisis daripada kisah Ashabul Kahfi, kisah Pemilik Dua Kebun, Kisah Musa Bersama Khidir AS dan kisah Zulkarnain berlandaskan Teori Orientasi Nilai Budaya (C. Kluckhohn, 1951). Dapatan analisis menemukan 6 kutipan nilai budaya yang berkait permasalahan utama dalam kehidupan iaitu yang pertama, hakikat kehidupan manusia yang mempunyai 4 nilai budaya; A) Nilai keimanan kepada Tuhan, B) Nilai ket-aqwaan, C) Nilai Keteguhan dan D) Nilai kesabaran. Manakala kedua, hakikat hubungan manusia sesamanya yang terdapat 2 nilai budaya; A) Nilai Kepimpinan dan B) Nilai Kerjasama. Secara keseluruhannya, kisah yang dikaji memaparkan nilai budaya yang dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam menjalani ke-hidupan.

Reference
  • 1. Achmad Fatony. (2019). Konsep Taqwa perspektif Hamka dalam Tafsir Al-Azhar (Telaah penafsiran ayat Taqwa dalam beberapa surah al-Qur’an). Master’s thesis. Universiti Islam Negeri Sunan Ampel.
    2. Armet, Lidya Atsari, & Emil Septia. (2021). Perspektif nilai budaya dalam cerpen Banun karya Damhuri Muhammad. Disastra: Jurnal Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia, 3(2), 174–183.
    3. Asmah Haji Omar. (2020). Kajian Linguistik Dan Antropologi. In Wacana, Teks, Genre: Teori Dan Kaedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    4. Benson, G. S., McIntosh, C. K., Salatzar, M., & Vaziri, H. (2020). Cultural values and definitions of career success. Human Resource Management Journal, 30(3), 392–421. https://doi.org/10.1111/1748-8583.12266
    5. Fuad Mohamed Berawi. (2017). Metodologi Penyelidikan: Panduan Menulis Tesis. UUM Press.
    6. Jaco, B. (2017). Religion and Culture: Revisiting a close relative. HTS: Theological Studies, 73(1), 1–9.
    7. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka.
    8. Kluckhohn, C. (1951). Values and value-orientations in the theory of action: An explanation in definition and classification. MA: Harvard University Press.
    9. Kluckhohn, C. (1962). Culture and Behavior. Free Press of Glencoe.
    10. Kluckhohn, F., & Strodtbeck, F. (1961). Variations in value orientations. (R. Peterson, Ed.).
    11. Lutfil Chakim. (2018). Kisah-kisah dalam al-Qur’an (Studi penafsiran Muhammad al-Ghazali terhadap QS. al-Kahfi dalam Nahwa Tafsir Maudu’i li Suwar al-Qur’an al-Karim). Master’s thesis. Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang.
    12. Mohd Fahmi Ismail. (2016). Nilai budaya dalam Cerita Rakyat Masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Mu-sang, Kelantan, Malaysia. Master’s thesis. Universiti Putra Malaysia.
    13. Norazlina Haji Mohd. Kiram, Kura, C. H., & Kamariah Kamarudin. (2017). Nilai budaya dalam Novel Penulis ASEAN. Jurnal Bahasa, Budaya Dan Warisan Melayu, 4(1), 1–16.
    14. Nurul Hafidhah, Wildan, & Sa’adiah. (2017). Analisis nilai budaya dalam Novel Lampuki karya Arafat Nur. Jurnal Ilmiah Mahasiswa Jurusan PBSI, 2(4), 393–399.
    15. Pipik Asteka, Yulia Ningsih, & Suryo Ediyono. (2019). Nilai-nilai budaya dalam antologi cerpen INDONE-SIA-MALAYSIA dan implementasinya sebagai bahan ajar apresiasi sastra di SMA. Jurnal Pendidi-kan, Kebahasaan, Dan Kesusastraan Indonesia, 3(1), 11–23.
    16. Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2021). Pelestarian nilai budaya beracuankan kearifan tradisi. In Pengajian Lib-eral Dan Kelangsungannya Dalam Landskap Pendidikan Negara (Issue June, pp. 199–218). Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
    17. Siti Nur Aisyah Mohd Azemi, & Sarinah Yahya. (2019). Membangun peradaban Islam menurut al-Qur’an: Penelitian surah al-Kahfi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), 178–186. https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/319/224
    18. Yeni Maulina. (2017). Nilai budaya dalam syair Rokan Hilir karangan Ahmad Darmawi. Madah: Jurnal Ba-hasa Dan Sastra, 6(1), 61–72.
    19. Zona Amalia. (2021). Kajian nilai-nilai sosial dan budaya pada novel Sang Pemimpi karya Andrea Hirata. Master’s thesis. Institut Agama Islam Negeri Bengkulu.
    20. ابن عاشور . (1984). تفسير التحرير والتنوير . الدار التونسية .
    21. ابن كثير . (1999). تفسير القرآن العظيم . دار طيبة .
    22. رشيدة معروف . (2020). القيم الثقافية في السينما الجزائرية تحليل سيميولوجي " طبيعة الحال . " جامعة محمد بوضياف المسيلة .
    23. صلاح عبد الفتاح الخالدي . (2015). مع قصص السابقين في القرآن . دار القلم .
    24. نجلاء إبراهيم زيد هلال & عبير إبراهيم عبد الحميد إبراهيم . (2020). القيم الثقافية في أزياء النخبة من السيدات أثناء الاحتفال باليوم الوطني
    25. السعودي ( دراسة تحليله فلسفية لأزياء صاحبة السمو الملكي الأميرة ريما بنت بندر آل سعود ). Journal of Arts, Literature, Humanities and Social Sciences, 62, 360–379.
    26. وهبة الزحيلي . (2016). سورة الكهف . In التفسير المنير في العقيدة والشريعة والمنهج . الطبعة الثالثة , (pp. 212–327). دار الفكر .