KEBERKESANAN DUAL LANGUAGE PROGRAM (DLP) TERHADAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN TINGKAH LAKU PELAJAR MATEMATIK
List of Authors
  • Ismail Mat Hasan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dunia masa kini dan diamalkan di kebanyakan negara sebagai bahasa teknologi, bahasa ekonomi, bahasa istilah, bahasa penghantar, bahasa perantara, bahasa global dan bahasa ilmu. Justeru Dual Language Programme (DLP) yang merupakan satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Kajian ini bertujuan untuk menyelusuri keberkesanan DLP terhadap pengetahuan, sikap dan tingkah laku murid sekolah rendah bagi mata pelajaran Matematik. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian eksperimen terhadap 64 orang murid tahun dua yang terdiri daripada 34 orang murid kelas DLP bagi mewakili kumpulan rawatan dan 30 orang murid kelas bukan DLP yang merupakan kumpulan kawalan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah menggunakan ujian bertulis bagi item pengetahuan dan soal selidik bagi item sikap dan tingkah laku murid. Dapatan kajian menunjukkan peratusan markah bagi item pengetahuan murid DLP secara keseluruhannya adalah menguasai. Bagi item sikap murid, mereka rasa gembira apabila dapat menyelesaikan soalan masalah Matematik merupakan peratusan tertinggi iaitu 91.2%. Manakala bagi item tingkah laku murid pula, mereka merujuk ahli keluarga sekiranya terdapat masalah terhadap subjek Matematik mendapat peratusan yang tertinggi sebanyak 91.2%. Namun begitu, min peratusan markah murid DLP lebih rendah berbanding dengan min peratusan markah murid bukan DLP.


Reference
  • No Data Recorded