Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan Coggle bagi meningkatkan pencapaian pelajar Tingkatan Enam yang mengambil mata pelajaran elektif Sejarah Penggal 1 mengenai topik “Perluasan Kuasa Barat di Chinaâ€. Hal ini disebabkan dalam pembelajaran Sejarah, terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran Sejarah seperti lemah dalam penguasaan fakta, kekurangan minat, lemah dalam teknik menjawab soalan dan sebagainya. Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah memilih perisian Coggle sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Antara objektif kajian yang ditetapkan adalah mengenal pasti masalah tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah serta mengenalpasti keberkesanan Coggle dalam PdPc Sejarah Tingkatan Enam. Pengkaji juga menggunakan reka bentuk kuasi eksperimental dalam mengutip data dan membuat analisis data kuantitatif untuk mengenalpasti perubahan pencapaian pelajar selepas intervensi. Sebanyak 30 orang pelajar dari SMK Selirik, Kapit telah dipilih sebagai sampel. Pengkaji telah mengedarkan ujian pra dan pasca kepada kumpulan responden untuk mengenalpasti sama ada terdapat peningkatan prestasi ataupun tidak. Analisis data dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS versi 17 dengan menggunakan ujian Paired sampel T-Test. Dapatan kajian menunjukkan peratus kelulusan bagi kumpulan kawalan dalam ujian pasca telah menunjukkan peningkatan sebanyak 53.33% manakala kumpulan rawatan menunjukkan perarus kelulusan sebanyak 87%. Analisis Ujian T menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan min skor pelajar dalam ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan dengan nilai t= 10.502, p= 0.00 (p< 0.05). Secara tuntasnya, dapat dirumuskan bahawa kaedah Coggle dapat meningkatkan pencapaian pelajar serta motivasi pembelajaran pelajar.