Sejarah dan pengalaman hubungan etnik di Sabah: kesepaduan dalam kepelbagaian
List of Authors
  • Siti Aidah Lukin @ Lokin , Suraya Sintang

Keyword
  • Hubungan etnik, integrasi nasional, etnik, toleransi etnik, kesepaduan dalam kepelbagaian

Abstract
  • Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu adalah agenda yang sangat penting bagi negara Malaysia yang mempunyai penduduk pelbagai etnik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan khususnya bagi memupuk hubungan etnik yang harmoni dalam kalangan rakyat serta mengukuhkan integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Meskipun usaha tersebut dilaksanakan secara berterusan, namun apabila diteliti keadaan hubungan etnik dalam kalangan penduduk di negara ini, wujud pandangan dan tanggapan umum tentang hubungan etnik di Sabah adalah baik berbanding keadaan hubungan etnik di Semenanjung Malaysia. Pernyataan ini seringkali diungkapkan dalam ucapan para pemimpin politik sama ada yang datang dari Semenanjung Malaysia mahu pun pemimpin tempatan di Sabah dan dilaporkan oleh akhbar tempatan. Malah rakyat Malaysia di negeri-negeri yang lain diseru untuk mencontohi keharmonian hubungan etnik di Sabah. Pendekatan utama kajian ini adalah kualitatif yang menggunakan data-data sekunder daripada bahan-bahan rujukan yang telah diterbitkan seperti buku, bab dalam buku dan artikel daripada jurnal berindeks atau tidak berindeks ternasuk sumber jurnal atas talian. Daripada kajian-kajian lepas yang dirujuk, pelbagai faktor sosial seperti amalan budaya, adat tradisi, agama, kepercayaan, amalan harian, dan perkahwinan campur adalah antara faktor yang saling berkaitan serta dapat membuktikan bahawa hubungan etnik yang baik dan toleransi etnik di Sabah adalah tinggi. Kajian yang berterusan wajar dilaksanakan bagi mengupas faktor-faktor lain agar dapat menambah maklumat yang sedia ada. Faktor yang tidak kurang pentingnya dan harus diketengahkan ialah tentang sejarah dan perkembangan masyarakat Sabah seiring dengan perubahan sistem pentadbiran dan perkembangan sosioekonomi negeri ini yang memberi kesan kepada hubungan etnik dalam kalangan penduduknya. Justeru, makalah ini cuba memfokuskan perbincangan tentang faktor-faktor tersebut dan kaitannya dengan keadaan serta pengalaman hubungan etnik yang harmoni di Sabah dalam konteks kesepaduan dalam kepelbagaian.

Reference
  • 1. Budi Anto Mohd. Tamring & Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2020). “Hubungan Kaum di Sabah: Suatu Pemerhatian Awal” dalam Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume. 5, Issue 10 (hlm.95-104), Oktober 2020.
    2. Hall, Maxwell. (1962). Kinabalu Guerillas; An Account of the Double Tenth, 1943, Hong Kong: The Union Press.
    3. Hasnah Hussiin. (2009). “Kesan Modenisasi ke atas Hubungan Kaum di Malaysia” , Jurnal UMP Sains Sosial dan Pengurusan Teknologi 1(1) 2009 (hlm.13-22).
    4. Jones, L.W. (1962). North Borneo Report on the Census of Population taken on 10th August 1960, Kuching : Government Printing Office.
    5. Jurry Foo. (2012). “Sino” ,dalam Kntayya Mariappan dan Paul Porodong (Penyunting) dalam Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah, 2012.
    6. Kntayya Mariappan dan Paul Porodong. (2012). ‘Kepelbagaian Etnik di Sabah’, dalam Kntayya Mariappan dan Paul Porodong (Penyunting) dalam Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah, 2012.
    7. Manual Damilan, Baszley Bee Basrah Bee & Maureen De Silva. (2019). “Sejarah Toleransi Agama dalam kalangan Masyarakat Islam dan Kristian Dusun Kimaragang di daerah Kota Marudu” dalam Abdul Hakim Mohad, Asmiaty Amat & Ros Aiza Mohd Mokhtar (Pnyt) Sosiobudaya Etnisiti Sabah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
    8. Maxwell, D.R. (1921). State of North Borneo Report 1921. Jesselton:Government Printing Department.
    9. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: Perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan, Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010), (hlm.61-84), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    10. Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2017). Undang-Undang Adat Dalam Konteks Peribumi Sabah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
    11. Shamsul Amri Baharuddin. (2011). Kesepaduan dalam Kepelbagaian Perpaduan di Malaysia Sebagai Walk-in Progress, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    12. Sharifah Darmia Sharif Adam. (2020). “Pengaruh Budaya dalam Keharmonian Etnik di Sabah”, Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-5 (PASAK5 2020) – Secara Dalam Talian, 24 & 25 November 2020.
    13. Siti Aidah Hj. Lokin. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963), Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
    14. Siti Aidah Lukin @ Lokin, Mohd Sohaimi Esa, Abang Mohd Razif Abang Muis, Romzi Ationg, Budi Anto Mohd Tamring, Irma Wani Othman & Saifulazry Mokhtar. (2021). “Kaedah dan Cabaran dalam Mengurus Hubungan Etnik di Malaysia”, International Journal of Law, Government and Communication, Volume 6, Issue 23 (hlm 115-124, Global Academic Excellence (M) SDN. BHD.
    15. Suraya Sintang, Budi Anto Mohd.Tamring, Nur Farhana Abdul Rahman, Siti Aidah Lukin @ Lokin & Halina Sendera Mohd. Yakin. (2019). “Kesepaduan Sosial dalam Hubungan Antara Agama di Pedalaman Sabah” dalam Borneo International Journal, Volume 2 (1) (hlm.5-15)