Novaco Anger Scale and Provocation Inventory (NAS-PI) adalah salah satu alat ukur yang digunakan bagi mengukur tahap kemarahan seseorang individu. Merujuk kepada (NAS-PI) terdapat dua bahagian inventori yang mengukur aspek kemarahan dan dalam kajian ini, hanya inventori Provocation Inventori (PI) digunakan kepada responden. Terdapat 25 item yang terdapat dalam (PI) dan inventori ini diedarkan kepada 110 orang responden yang berumur 12 tahun hingga 49 tahun yang terdiri daripada pelajar dan juga pekerja dalam sektor awam dan swasta. Alat ini digunakan bagi mengkaji hubungan antara faktor jantina, pekerjaan, peringkat umur yang mana adakah ianya mampu menyumbang kepada emosi marah kerpada seseorang individu berdasarkan kepada situasi yang berlaku kepada individu. Ujian reliabiliti alat ukur ini berada pada 0.83 dan ini menunjukan alat ini sesuai digunakan bagi mengukur tahap kemarahan individu berdasarkan situasi yng berlaku.