Kerja sosial di sekolah: memahami dan menangani penderaan kanak-kanak
List of Authors
  • Aizan Sofia Amin , Alavi, K. , Mohamad, M.S. , Sarnon, N. , Subhi, N.

Keyword
  • Penderaan dan pengabaian, kanak-kanak, pencegahan, kaunselor sekolah dan perkhidmatan kerja sosial di sekolah

Abstract
  • Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau masalah penderaan kanak-kanak di peringkat sekolah dan peranan pekerja sosial sekolah dalam menangani gejala sosial terutamanya penderaan kanak-kanak. Di Malaysia, kita sering mendengar kaunselor sekolah atau kaunselor kerjaya sekolah tetapi jarang mendengar adanya pekerja sosial di sekolah. Kajian kes berasaskan pendekatan fenomenologi telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Responden kajian adalah kanak-kanak sekolah berbangsa Melayu, Cina dan India yang berumur antara 7 hingga 15 tahun dan tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan pada tahun 1994 dan sampel kajian diperolehi melalui kerjasama bahagian rekod, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Penemuan hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai bentuk penderaan iaitu fizikal, seksual, emosional dan penganiayaan. Kajian ini mendapati penderaan kanak-kanak merupakan suatu kemelut yang rumit dan kompleks untuk didiagnosis, sama ada kejadian ini merupakan kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Penderaan kanak-kanak tidak terbatas pada situasi kanak-kanak, ibubapa atau penjaga, tetapi juga termasuk sesiapa sahaja yang diamanahkan dalam penjagaan dan pengawalan kanak-kanak seperti pembantu rumah, saudara-mara, jiran atau guru-guru. Kertas kerja ini merumuskan bahawa perkhidmatan kerja sosial di sekolah dapat bertindak sebagai intervensi awal yang membantu mencegah peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak dan pelbagai masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah. Perkhidmatan kerja sosial di sekolah juga boleh membantu mengurangkan beban guru dalam menangani masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar bermasalah yang berpaksikan kepada keruntuhan sistem kekeluargaan, modenisasi dan urbanisasi.

Reference
  • Amla Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat. (2006). Bimbingan dan kaunseling sekolah. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Bentovim, A. (1993). Why do adults sexually abuse children. British Medical Journal 307: 144-145.
    Berita Harian. 28 Mei 2004.
    Berita Harian. 20 Ogos 2007.
    Coulton, C. J. (1978). Factors related to preventive health behavior: Implications for social interventions. Social Work in Health Care 3: 297-310.
    Clinard & Meier, H. J. (1985). Assault against children. Why it happen. How to stop it. London: College Hill Press.
    Cynthia, C. T.,(ed) (1990). Understanding child abuse and neglect. USA: Ally Bacon.
    de Young, (1982). The sexual victimization of children. Jefferson, N.C. Mcfarland. USA.
    Dupper, R. (2003). School of social work: Skills and intervention for effective practice. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.
    Engfer, A. & Gavranidou, D. (1988). Prospective identification of violent mother-child relationship. Dalam Kertas Seminar “The Third European Conference on Development Research”. Budapest.
    Finkelhor, D. (1979). Sexually Victimized Children. New York: Free Press.
    Jal Zabdi Mohd Yusoff. (2008). Tugas Untuk Melaporkan Kes Penderaan atau Pengabaian Di bawah Akta Kanak-Kanak 2001: Kenapakah Guru Perlu Dimasukkan Sebagai Pelapor Statutori? Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Undang-Undang KanakKanak 2008 di Primula Hotel Terengganu: 13 Julai 2008.
    Kazdin, A. E., (1978). History of Behavior Modification: Experimental Foundation of Contemporary Research. Baltimore: University Press.
    Killen, K. (1990). An Interactional to the Assesment of Child Abuse and Neglect. Dalam Kertas Kerja Role of Counsellors in the Prevention of Child Abuse and Neglect. Kuala Lumpur: 22-23 Disember.
    Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2008.
    Moore, J. (1992). The ABC of Child Protection. Ashgate Publishing: Hants.
    National Clearinghouse for Professions in Special Education. (2000). Careers in Special Education and related services. Virgina. www.special-ed-careers.org.
    Skidmore, T. (1964). Introduction to social work. New Jersey: Prentice-Hall.
    Skuse, D. (1993). Abuse and short stature. Dalam ABC of Child Abuse. 3rd edn, ed. R. Meadow, pp. 31-34. London: British Medical Association.
    Smith, C. (2005). The impact of training on educators‟ reporting of child abuse and neglect. Tesis
    Sarjana Kerja Sosial, Fakulti Kerja Sosial, Wilfrid Laurier University, Canada.
    Strommen, E. A., McKinney, J. P., and Fitzgerald, H. E. (1983). Developmental Psychology. The School-age Child. Illinois: Dorey.
    The National Association of Social Workers (NASW). (2002). NASW Standards for School: Social Work Services. Washington. http://www.socialworkers.org.
    Teoh Hsien-Jin dan Rose Peng. (2001). Child Mental Health : Intergrating Malaysian Needs with international experience. In Mental Health in Malaysia: Issues and concerns. Edited by Amber Haque. Kuala Lumpur: University Malaya Press.
    Utusan Malaysia. 11 Oktober 2003. (Zasmani Shafiee).
    Utusan Malaysia. 23 April 1994. (Sham Kasim: Laporan Pasukan Scan).
    Utusan Malaysia. 13 Jan 1993.