Royalscape Diraja satu perwakilan asas pelancongan bandar Diraja
List of Authors
  • Zurina Ahmad Saidi , Zurinah Tahir

Keyword
  • Royalscape Diraja, Pelancongan bandar Diraja; pelancong domestik; bandar Diraja Kuala Kangsar

Abstract
  • Bandar Diraja merupakan satu rangkaian kepada sejarah, geografi dan budaya yang sangat luas. Ciri-ciri Diraja yang dimiliki oleh Bandar Diraja dalam menjayakan identiti sesebuah bandar Diraja serta keu-nikannya yang tersendiri. Tarikan utama adalah karakter istimewa bandar Diraja sendiri seperti budaya, se-jarah, seni bina dan nilai estetika bandar Diraja. Bandar Diraja di Malaysia merupakan warisan unik yang menjadi perlambangan sebuah negara berdaulat dan Melayu tradisional. Walau bagaimanapun, sifat dan keadaan bandar Diraja hampir terhakis oleh kerana perkembangan dan kemodenan yang tidak terkawal. Kuala Kangsar merupakan satu bandar Diraja yang mempunyai produk asli dalam menawarkan pelancongan bandar Diraja. Walau bagaimanapun, produk dan aset-aset tarikan utama ini masih menjadi persoalan kerana tidak jelas, tidak dibangunkan secara komprehensif malah tiada kriteria khusus keperluan produk ini sebagai salah satu aset tarikan kunjungan pelancong. Asas pelancongan yang mewakili bandar Diraja tidak jelas dan kabur. Kajian bertujuan untuk memperincikan asas perwakilan pelancongan berdasarkan tujuh royalscape yang dirangka dalam kajian ini sebagai pelopor kepada pelancongan bandar Diraja Kuala Kangsar. Teknik pensam-pelan secara kebetulan (accidental atau convenience sampling) digunakan dengan edaran borang soal selidik kepada 500 responden berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Hasil dapatan menunjukkan kesemua royalscape berada di tahap sederhana tinggi. Fizikal bandar Diraja menjadi tumpuan pelancong dengan peratusan kun-jungan melebihi 75.0%. Estetika bandar Diraja memberikan nilai tambah yang tinggi kepada pelancong serta lebih 80.0% pelancong melakukan perjalanan ke lima destinasi tarikan utama. Kesimpulan, makalah ini menunjukkan perwakilan royalscape bandar Diraja ini memandu pelancong dalam memberi imej pelancongan bandar Diraja Kuala Kangsar. Kajian ini memberi impak dalam pelancongan bandar Diraja yang mempunyai potensi untuk dibangunkan di peringkat pemegang taruh serta memberi manfaat kepada pelancong dan pem-bangunan Kuala Kangsar sebagai kawasan tumpuan pelancong pada masa akan datang.

Reference
  • 1. Albrechts,L. & Balducci, A. (2013). Practicing strategic planning: in search of critical features to explain the strategic character of plans. The Planning Review. 49(3): 16-27.
    2. Azman, N.A.N.M.N., Rahman, N.H.A., Sawari, S.S.M., Abas, S.A., Latif, S.A.A. (2021). The tourists’ spatial behavior and tourist movement pattern in Muar Johor. Journal of the Malaysian Institute of Planners 19(2): 275-286.
    3. Baarveld, M., Smit, M. & Dewulf, G. (2013). Planning and commitment in cultural heritage projects. Journal of Cultural Heritage Management and Sustainable Development 3(2): 163-174.
    4. Badaruddin Mohamed. (2005). The analysis of Malaysian domestic travelers. Proceeding of the International Confer-ence on Tourism Development. Page 373-381.
    5. Brumen, M., Cagran, B. & Mulej, M. (2014). Education for responsible persons, tourists and hosts through knowledge of neighboring countries’ languages in cross-border areas. Kyberneter 43(3/4): 614-628.
    6. Butler, R. (2017). The tourist experience: can destinations maintain authenticity? Worldwide Hospitality and Tourism Themes 9(6): 617-629.
    7. Caldito, L.A. & Dimanche, F. De. (2016). Tourist behavior and trends. May.
    8. Chhabra, D. (2010). How they see us: perceived effects of tourist gaze on the old order amish. Journal of Travel Re-search 49: 93-105.
    9. Cros, H. D. (2016). Cultural and experiental tourism, in Marios Sotiriadis, Dogan Gursoy. The Handbook of Managing and Marketing Tourism Experiences 133-153.
    10. Du Cros, H. (2017). Cultural and experiential tourism. The Handbook of Managing and Marketing Tourism Experiences 17: 133-153.
    11. Dumbrovska,T. &Fialova, D. (2016). Tourist precincts and touristification in Prague: The royal routes case study. Studia Turistica 7(1): 6-17.
    12. Gowreesunkar, V.GB. & Sotiriadis, M. (2015). Entertainment of leisure tourists in island destination evidence from the island of Mauritius. African Journal of Hospitality, Tourism and Leisure 5(1): 1-20.
    13. Holloway, D., Green, L. & Holloway D. (2011). The intratourist gaze: grey nomads and other tourist. Tourist Studies 11 (3): 235-252.
    14. Jennings, G., Kensbock, S. & Kachel, U. (2010). Enhancing education ‘about and for sustainability’ in a tourism studies enterprise management course: an action research approach. Journal of Teaching in Travel & Tourism 10(2): 163-191.
    15. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. (2012).
    16. Masron, T., Mazuki, A., Mohamed, B. & Ayob, N.M. (2014). Conceptualize tourism support system through web-based GIS for collaborative tourism planning. Journal of the Malaysian Institute of Planners 12 (4): 59-80.
    17. Md Khairi, N.D. & Ismail, H.N. (2015). Acknowledging the tourist spatial behavior for space management in urban heritage destination. International Journal of Built Environment and Sustainability 2(4): 318- 323.
    18. Md Khairi, N.D. (2017). Non- spatial and spatial characteristics of international tourists’ behavior in Melaka world heritage site. Tesis Dr. Fal, Universiti Teknologi Malaysia.
    19. Mohd Samsudin & Sulong Mohamad. (2013). Pengaruh warisan sejarah dalam insudtri Pelancongan Langkawi. Inter-national Journal of the Malay World and Civilisation 1(1): 99-109.
    20. Mollegaard, S. & Jaeger, M.M. (2015). The effect of grandparents’ economic, culutural and social capitalon grandchil-dren’s educational success. Research in Social Stratification and Mobility 42: 11-19.
    21. Oatey, S.H. (2008). Culturally Speaking Culture, Communication and Politeness Theory. 2nd Edition. London: Contin-uum.
    22. Poria, Y., Reichel, A. & Brian, A. (2006). Heritage site management motivations and expectations. Annals of Tourism Research 33(1): 162-178.
    23. Prayag, G., Hosany, S., Muskat, B. & Chiappa, G.D. (2015). Understanding the relationships between tourists’ emo-tional experiences, perceived overall image, satisfaction, and intention to recommend. Journal of Travel Re-search 1-14.
    24. Rasoolimanesh, S.M., Taheri, B. & Gannom, M. (2019). Does living in the vicinity of heritage tourism sites influence residents’ perceptions and attitudes? Journal of Sustainable Tourism 27(9): 1295- 1317.
    25. Sirisrisak, T. (2015). Reconsidering the interpretation of WWII shared-heritage in Thailand. Journal of Cultural Herit-age Management and Sustainable Development 5(1): 30-42.
    26. Tey, N.P., Talha, R., Rahman, E.N.A & Ismail, M.F. (2021). Spatial demographic data for planning and research. Jour-nal of the Malaysian Institute of Planners 19(15): 89-101.