Mempakej pelancongan Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera
List of Authors
  • Habibah Ahmad , Mushrifah Idris

Keyword
  • Rizab Biosfera, mempakej pelancongan, modal alam semulajadi, modal sosial dan modal budaya

Abstract
  • Tasik Chini merupakan sebuah tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia, telah lama dikenali sebagai destinasi alam semula jadi oleh para pelancong. Namun, pada akhir 1990-an, kedatangan pelancong didapati merosot dan ini menjejaskan komuniti yang menawarkan ekopelancongan, terutama Orang Asli. Dilaporkan bahawa Tasik Chini dan persekitarannya terjejas oleh aktiviti manusia seperti pertamian ladang, perlombongan dan pembalakan. Pengistiharan Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera pada Julai 2009 telah memberikan kesempatan kepada kawasan ini mendokong pelancongan lestari. Adalah menjadi suatu peluang untuk mempakej pelancongan berasaskan fungsi Rizab Biosfera. Makalah ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana Tasik Chini perlu mempakej destinasi dan apakah komponen yang menentukan imej pelancongannya. Kajian ini menggunakan data primer dan sekunder yang diperoleh daripada beberapa program kesedaran awam dan survey ke atas komuniti setempat pada Jun 2008. Hasil kajian mendapati pakej pelancongan Tasik wajar mendokong prinsip modal alam semulajadi, modal sosial, modal ekonomi dan modal budaya setempat. Kajian ini mencadangkan agar usaha mempakej Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera perlu mengambilkira pengelaman terintegrasi, yang mana konservasi, pembangunan dan sokongan untuk penyelidikan, pendidikan dan senggang menjadi entiti interaksi antara pelancong dan tuan rumah Tasik Chini.

Reference
  • Alavi, J. & Yasin, M. 2000. A Systematic Approach to Tourism Policy. Journal of Business Research, 48:147-156.
    Batisse, M., 1982. The Biosphere Reserve: A tool for environmental conservation and management. Environmental. Conservation, 9(2): 101–111.
    Blowers, A., 1993. Environmental Policy: The Quest for Sustainable Development, Urban Studies, 30 ( 4-5): 775-796.
    Bonheur, N & Lane, B. D. 2002. Natural resources management for human security in Cambodia’s Tonle Sap Biosphere Reserve. Environmental Science & Policy, 5 (1): 3.
    Bridgewater, P. B., 2002. Biosphere Reserves: Special places for people and nature. Environ. Science Policy, 5(1): 9–12.
    Cebbalos – Lascurain, H., 1996. Tourism, Ecotourism, and Protected Areas, IUCN (World Conservation Union), Switzerland: Gland.
    Duranda, L. & Vázquezb, L.B., 2011. Biodiversity conservation discourses. A case study on scientists and government authorities in Sierra de Huautla Biosphere Reserve, Mexico. Land Use Policy, 28: 76–82.
    ECER. 2008.Key Enablers. Environment http://www.ecerdc.com/2008/envi-p6.htm (dilayari 1 September 2009).
    Gossling, S. 1999. Ecotourism: a means to safeguard biodiversity and ecosystem functions?Ecological Economics 29: 303–320.
    Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Mushrifah Idris, Ari Kurnia, Ishak Yussof & Mustaffa Omar, 2009. Memperkasa ekonomi orang Asli Tasik Chini dalam konteks pembangunan Wilayah ECER. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-IV 2009, Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM, Bangi, , Jilid 1, ms. 175 - 188. ISBN 9789833198238.
    Habibah, A., Hamzah, J. & Mushrifah, I. 2010. 2010. Sustainable Livelihood of the Community in Tasik Chini Biosphere Reserve: The Local Practices. Journal of Sustainable Development, 3 (3): 184-196.
    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (JPBD). 2002. Rancangan Struktur Negeri Pahang 2002-2020. http://jpbd.pahang.gov.my/pdf/rsn.pdf, akses pada 20 April 2010.
    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang. 2006. Rancangan Struktur Daerah Pekan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang, Malaysia.
    Jones, S. 2005. Community-based ecotourism: the significance of social capital. Annals Of Tourism Research, 32 (2), 303-324.
    Lai, Po-Hsin & Nepal, S. J. 2006. Local perspectives of ecotourism development in Tawushan Nature Reserve, Taiwan. Tourism Management, 27, 1117–1129.
    Li, Wenjun. 2004. Environmental management indicators for ecotourism in China’s nature reserves: A case study in Tianmushan Nature Reserve. Tourism Management, 25, 559–564.
    Li, Wenjun. 2006. Community decisionmaking participation in development. Annals of Tourism Research, 33(1), 132–143.
    Price, M. F., Park, Jung Jin & Bouamrane, M 2010. Reporting progress on internationally designated sites: The periodic review of biosphere reserves. Environmental Science & Policy, 13(6), 549-557.
    Pusat Penyelidikan Tasik Chini, 2008, Laporan Program Kesedaran Awam Pertama : Pembangunan Berpenglibatan Komuniti Tasik Chini, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
    Scheyvens, R. 1999, Ecotourism and The Empowerment of Local Communities, Tourism Management. 20, 245–249.
    Schultz, L., Duit, A. & Folke, C., 2011. Participation, Adaptive Co-management and Management Performance in the World Network of Biosphere Reserves. World Development, 39(4), 662–671.
    Shurcliffe, K., Singleton, J. & Sulaiman, R., 2002. Public Consultation and disclosure plan–Collaborative Management Plan Komodo National Park Indonesia. Retrieved from http://www.ifc.org/ifcext/spiwebsite1.nsf/7a881f3733a2d0785256a550073ff0f/f57adc
    e1d1d922185256c71007ebf7a/$FILE/Komodo%20PCDP%20final.pdf, akses pada 3 April 2011.
    Susilo, Herry Djoko, 1997, The Tanjung Puting National Park and Biosphere Reserve Indonesia, Working Paper, South-south Co-operation Programme on Environmentally Sound Socio-Economic Development in The Humid Tropic, France.
    Tsaur, S.Hshiung, Lin, Yu-Chiang & Lin, J.-Hui 2006. Evaluating ecotourism sustainability from the integrated perspective of resource, community and tourism. Tourism Management, 27 (4), 640-653.
    UNESCO, 1996. Biosphere Reserve: The Seville Strategy and The Statutory Framework of the World Network, UNESCO Paris. http: unesdoc.unesco.org/images/0010/001038/103849e.pdf – akses pada 23 Mei 2011.
    UNESCO, 2011. Biosphere Reserves – learning sites for sustainable development.
    http://www.unesco.org/new/en/naturalsciences/environment/ecologicalsciences/Biosphere Reserves, akses pada 28 April 2011.
    UNESCO. 2002. Ecotourism and sustainable development in Biosphere Reserves: Experiences and prospects. Workshop Summary Report. Quebec City: Canada. http:unesdoc.unesco.org/images/0012/ 001277/ 127757e. pdf, akses pada 23 Mei 2011.
    Wallner, A., Bauer, N. & Hunziker, M. 2007. Perceptions and evaluations of biosphere reserves by local residents in Switzerland and Ukraine. Landscape and Urban Planning. 83, 104–114.
    Xu, Jianying, Chen, L., Lu, Y. & Fu, B. 2006. Local people's perceptions as decision support for protected area management in Wolong Biosphere Reserve, China. Journal of Environmental Management, 78 (4), 362-372.