Analisis Video Tingkah Laku Agresif dan Prososial dalam Kartun Kanak-Kanak: Satu Tinjauan Literatur Sistematik
List of Authors
  • Gonisha Ong Mei Ling, Muhamad Syawal Amran

Keyword
  • tingkah laku, agresif, prososial, kartun kanak-kanak, perkembangan kanak-kanak

Abstract
  • Dalam arus pemodenan dan digitalisasi, tingkah laku kanak-kanak sering dipengaruhi oleh apa yang mereka perhatikan, terutamanya di tahun-tahun awal kehidupan mereka. Kartun telah menjadi bentuk hiburan yang popular bagi kanak-kanak selama bertahun-tahun, tetapi terdapat kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kesan kartun terhadap tingkah laku kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis kartun animasi di pasaran hari ini, namun pemilihan kartun yang sesuai adalah penting dalam memastikan pengaruh yang ditinggalkan oleh kartun itu memberi impak yang positif kepada kanak-kanak. Namun, fokus terhadap analisis video tingkah laku agresif dan prososial dalam kartun kanak-kanak masih kurang dijalankan. Justeru, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji jenis tingkah laku agresif dan prososial yang ada dalam kartun kanak-kanak. Kajian ini menggunakan reka bentuk analisis dokumen secara literatur sistematik. Kajian literatur sistematik ini menggunakan sebanyak 20 artikel terpilih daripada lima pengkalan data. Kesemua artikel yang telah dipilih menjalani proses dalam pemilihan dan pengecualian artikel berdasarkan panduan yang diberikan oleh PRISMA 2020. Kajian ini membincangkan jenis tingkah laku agresif dan prososial yang ada pada kartun Kanak-kanak dan sejauh mana mereka mempengaruhi perkembangan keperibadian kanak-kanak.

Reference
  • No Data Recorded