Keberkesanan Kaedah Main Peranan dalam Penguasaan Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa Inggeris Pelajar Tingkatan 2 di Sebuah Sekolah di Daerah Asajaya/Sadong Jaya
List of Authors
  • Abg. Ashmirul Abg. Abu Nawas, Aida Hanim A. Hamid

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan kaedah main peranan terhadap

    pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris. Kajian ini turut bertujuan

    mengenalpasti kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar untuk bertutur dalam

    Bahasa inggeris. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi-eksperimen. Sampel kajian terdiri

    daripada 63 orang pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 2 yang dipilih menggunakan

    kaedah persampelan bertujuan di salah sebuah sekolah di daerah Asajaya/Sadong Jaya.

    Pengumpulan data dilakukan melalui Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pra dan pasca kajian,

    temubual pra dan pasca kajian dan borang pemerhatian. Markah Ujian Bertutur Bahasa

    Inggeris pra dan pasca kajian dianalisis secara diskriptif bagi mendapatkan min dan sisihan

    piawai seterusnya membuat perbandingan antara pra dan pasca kajian. Dapatan temubual

    dan borang pemerhatian pula dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan

    menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian markah pelajar

    kumpulan eksperimental dan pelajar kumpulan kawalan. Selain itu, berdasarkan dapatan

    daripada temubual pasca kajian dan borang pemerhatian, didapati bahawa kaedah main

    peranan dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.

    Melalui hasil kajian ini, guru-guru boleh mengaplikasikan kaedah main peranan untuk

    meningkatkan kemahiran bertutur dalam subjek bahasa.


Reference
  • No Data Recorded